Friday, April 5, 2024

Photoshoot Raya 2024

Assalammualaikum,

Isnin baru ni company tempat teman kerja ada buat photoshoot Hari Raya.

Siap ada tema dan prop bagai. Ni semua boss besar punya idea la..suruh in character lah...

Ada yang jadi model moon and star lah...chief lah...lantak mengkeme la asal bahagia.

Final touch photo belum ada lagi...yang kat bawah ni sebahagian kecil kecil..kira 1/10 sahaja..








Monday, March 25, 2024

Salam Ramadhan - Bermula sebuah episod

Assalammualaikum,

Ramadhan kali ini agak berlainan sekali.

Berlainan kerana teman telah mengkidnap mak dan abah untuk tinggal di rumah teman dua hari sebelum Ramadhan. Memandangkan kesihatan mak tak berapa ok. Teman telah menggunakan kuasa veto.

Dua tiga hari memang abah merengek nak balik..biasa la orang tua..tapi teman buat bodo jer..hehehehe..alasan abah adalah kesian kat teman sikit2 balik rumah tengok maknya....ganggu kerja la bagai..tak tidur malam jaga maknya...teman cakap biasa la tu..kita nak dapat pahala jaga mak abah yea dok.....lagipun..ok la abah boleh terawih jemaah dengan abang gebu. Hehehehe..

Sampai la malam jumaat mak request mintak hantar ke hospital. Tengok mak macam susah nak bernafas. So ke kecemasan kita. Memandangkan teman ni memang compile history kemasukan wad mak, so urusan mak sekejap jer..by setengah jam doktor suruh teman balik..sebab mak mmg kena tahan di red zone..apa2 diaorang akan call...lagipun rumah dekat jer..6 minit dah sampai..

So memang mak kena tahan wad..ada jangkitan kat paru2..sebenarnya kuman tu mungkin masih ada semasa mak ditahan wad dengan pakej simen kaki hari tu. Kira 2 hari di wad sbb hari Sabtu dah boleh discharge. Kebetulan adik lelaki dan perempuan serta family masing2 dok pakat bukak puasa sama2. Depa la yang bawak makanan. Teman dah flat lembik..ala seminggu nak sesuaikan dengan macam2 benda. Berkejar sana sini..


Tambah jemaah maghrib, isyak dan terawih. Hehehehehe..

Since mak keluar hospital condition mak tak berapa ok. Sampai la hari isnin masa nak kejut mak makan ubat tyroid waktu sahur..tengok mulut, tangan dan kaki kiri dah tak berapa ok. Mak kena mild stroke. Tapi by 8 pagi mak dah ok cuma ada lemah. So teman arrange delivery untuk despatch katil hospital di rumah mak bawak ke rumah teman. So katil tu letak di ruang tamu sahaja..ingat weekend baru arrange bawa masuk dalam bilik.

Hari Rabu bawak mak mandi teraphy oksigen di Senawang. Sebab masa mak kena stroke yang pertama dan kedua 10 ke 15 tahun lepas..teman pernah bawak mandi oksigen ni..tetapi di centre di Selayang..agaknya dah tutup so kebetulan ada jumpa di Senawang.

Balik dari terapi..memang tahu keadaan mak akan terlalu lemah. sebab nak adapt dengan terapi tu.  Hari Jumaat adik lelaki datang lagi..bawak anak dia kesemuanya. Dalam pukul 10 lebih masa dia bersiap2 nak balik, condition mak tak berapa ok. Kami pakat2 baca yassin dan macam2 surah. Sebelum tu mak dok cakap nak balik kampung di Kuala Kangsar. Nak jumpa orang kat sana.  Kira malam tu kami gilir-gilir jaga mak. Teman terus upload condition mak dalam group family Tok Hamzah.


Sabtu pagi adik mak, Maksu Put yang duduk di Kajang datang dengan anak2 dan menantu serta cucu melawat mak..Adik lelaki balik tengahari sbb nak hantar anak dia balik asrama.


Petang pula adik lelaki mak Pakcu Man dengan wife dan cucu dari Kuala Kangsar datang. Masa ni mak tak kenal adiknya. Dia panggil Pakcu Man dengan panggilan Nang  (teman call him Pak Itam) which adik lelaki sorang lagi. Pak Itam nak datang tetapi anak2 dia tak dapat bawa dia. Kitaorang suggest naik ETS nanti kami ambil di Putrajaya Sentral. Tak reti katanya..Makwe Ham kakak mak yang duduk di Ipoh nak datang..tapi kami tak kasi sbb dia bukan boleh duduk lama2 dalam kereta..tunggu la lepas raya. Inshallah.

Petang tu juga adik perempuan datang. Bawak sup tulang dengan ikan siakap stem..kut2 la mak nak makan. Nan hado..yg sedap makan Abang Gebu dengan abah jer..hehehehehe.. 


Ahad semalam adik mak (Maksu Kiah) yang duduk di Taiping datang dengan anak perempuannya. Naik ETS pukul 7 pagi. Pak Lang yang duduk di Taiping juga nak datang tapi sekali tiket abis daa...Mak Su Put ambik Maksu Kiah di MRT Kajang.

Hari ni condition mak macam ok masa teman nak pergi kerja tadi. Tetapi teman tak sure..sebab condition mak bila2 masa boleh berubah. Teman doakan semua urusan dipermudahkan. Abang Gebu memang tak kemana2 la..dia la yang ada jadual baru..bagi mak makan bubur, nestum dan ubat. 

Teman cakap dengan abah..kalau condition mak tak ok, mak dan abah kena duduk rumah teman sampai bila2...kalau condition mak ok which mak dah boleh jalan ke..baru teman benarkan balik ke rumah Keramat. So raya kali ni memang di Putrajaya sahaja. Inshallah ramai yang akan datang ke sini. Kita standby sahaja. Beli air kotak teh bunga banyak2..hehehehehe..

Tuesday, March 5, 2024

Patah hati lagi sakit dari patah jari kaki

Assalammualaikum,

2 minggu lepas update kata bawak mak pergi kecemasan kan lepas bawak makan roti tisu.

Hasil dari penahan di wad..



Bersimen....2 jari kaki patah. 
Maklumlah faktor usia kurang kalsium...
So sekarang teman kena ulang-alik Putrajaya ke KL uruskan mak...
Rasa macam nak ambik cuti panjang jer...
Tak pun berhenti terus la kan..
Senang..takde kita menyusahkan orang....

 

Monday, March 4, 2024

Berdua Lebih Baik

Assalammualaikum,

Minggu lepas salah seorang staff teman berhenti kerja. Joint salah satu local authority. Kira ok la sbb jabatan tu produce banyak income..for carrier advancement....hehehehehe..

So sebagai menghargai jasa teman yang telah memberi tunjuk ajar dan bimbingan sepanjang dia menjalani latihan industri dan diserap sebagai permanent staff so dia telah menghadiahkan teman satu lagi botol air..sebab semua orang dalam ofis ni tau teman memang kuat minum air masak..hehehehehehe...

Maksudnya kalau letak air dalam 2 botol sekaligus tak perlu la teman bolak balik ke pantry serta takde lah mereka-mereka yang kat luar tu purposely kena hantar botol air kat teman akibat dari keterlupaan bila ditinggalkan di pantry atau mendengar suara arahan teman kepada PA teman untuk ambilkan botol air yang ditinggalkan di pantry atau mana2 meja staff/meja meeting juga.. (boss kena la bagi arahan yea dak...boss la sangat)..hehehehehe..

Apa2 pun to Cik Syafiqa, thank you for the water bottle..semoga maju jaya di tempat baru. Pastikan dapat naik pangkat. Jangan kenyit mata selalu dengan abang penguatkuasa kay...


Kembung perut minum 4L air putih satu hari uittttt....

Wednesday, February 28, 2024

Buat raso-raso

Assalammualaikum,

Lama pulak cromboloni ni viral yea.

Tengok orang share beratur panjang, lepas tu kena pre-order lepas tu kena alert tarikh dan lokasi nak pick-up..memang tak memandang ler teman.

Kebetulan masa mak call jumaat lepas kata breathing tak berapa nak elok lps tu bila ajak pergi emergency suruh tunggu pagi keesokkan harinya. Petang membawa ke malam dok bersembang dengan mak dan adik sekali timbul la pasal cromboloni ni. Adik cakap ofismate dia beratur kat KLCG sejam lebih..dapat 4 ketul jer..kongsi la satu ofis sorang sikit.

Esoknya sempat lagi bawak sarapan roti tisu (which actually lama dah mak mengidam) sambil mendobi cadar rumah mak lepas tu baru bawa ke emergency HKL.


Mak cakap lama dah mak mengidam dari tahun lepas lagi....sian al-fuad (adik ipar) merata mencari tak jumpa... sekali teman bawak terus ada..hehehehehe

So pagi tu memang confirm mak masuk red zone (x-ray paru-paru nampak ada kesan virus)..lepas tu dipindahkan ke wad isolasi sebelum dipindahkan ke wad neuro dan uro. Owh mak discharge pada hari Rabu. 

Petang masa balik rumah abah, my sister bagi cromboloni yang dia beli dikedai kek biasa sahaja di Danau Kota tak salah....tak perlu beratur..




Taste wise : Boleh la buat raso-raso..alhamdulillah tak manis sangat. 


Sunday, February 25, 2024

Setahu teman orang perak ni masak sedap2...

Assalammualaikum,

Teman ni a bit frustrated sebenarnya...

Bila kita pergi ke sesuatu tempat makan...at least ada la satu atau dua menu yang sedap..walaupun tak semua..

Tapi kali ni sungguh mengecewakan...

Kepada owner kedai...please la jangan bagi orang yang tak berapa pandai masak, masak makanan yang bukan dia biasa makan...

Bak kata orang perak, tawor hebe-hebe..tak berasa langsung...iskh..malu la teman dengan AG sebab katanya masakan minang/padang lagi better...

Kami ke sini...(outlet ni kat Cyberjaya).






Mee kicap tu boleh la...
Mee kari tu, tauhu kering dengan fish cake macam dah lama...kuah kari tu tak apa yang teman expect dari segi rasa at least....
Cendol....hmmm...tu pun request suruh ubuh gula merah lebih sikit...
(AG kata yang tepi jalan lagi sedap...maksudnya mmg tak sedap langsung)


Nasi minyak dengan rendang ayam...
Kalau bagi markah 2/10.
Sedih!!! nasi minyak masak macam ni..
(kalau orang pakistan masak suppose to be sedap la kut...)
Rendang ayam tu lagi la...

Atau mungkin hari teman pergi tu owner sedang bercuti kut...so semua masakan pekerja hentam kromo sahaja...mungkin..sebab tengok orang lain review macam sedap jerrr......


Tuesday, February 20, 2024

Tanah tambak, asam pedas, kuih keria, minyak wangi dan cucur udang

Assalammualaikum,

Weekend baru ni ke Melaka, macam biasa urusan site visit.

Panas lit-lit habaq hang..


Kena inspect kapal selam ni..hehehehe..bukan lah..




Asam pedas kepala ikan siakap..surrrr...





Minyak wangi viral...



Pasar mengong, alor gajah..cucuq udang